top of page

Program Bitara STEM UKM (2013-2015)

Program Bitara STEM UKM (2013-2015)

 

Program Bitara STEM UKM ini merupakan salah satu program impak tinggi Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC) dibawah agenda “Human Capital Building Program” dan inisiatif ‘Cradle to Career’ (C2C). GSIAC yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri adalah kerjasama antara Malaysia dengan Newyork yang diwakili oleh New York Academy of Sciences-NYAS). Objektif GSIAC adalah menanda aras kedudukan dan daya saing Malaysia dalam Sains dan Inovasi terhadap negara-negara maju dari segi teknologi, dan meningkatkan keupayaan Malaysia dalam sains dan inovasi.

 

Bagi menyokong agenda GSIAC ini, Bitara STEM UKM telah dibentuk untuk memberi penekanan kepada asas kemahiran sains melalui pendekatan STEM dalam usaha menyediakan pelajar untuk meminati sains dan matematik seterusnya memilih pengajian dalam bidang sains dan kejuruteraan di peringkat pengajian tinggi serta memilih kerjaya dalam bidang STEM. Perkara ini amat penting dimana kekurangan saintis dan jurutera akan memberikan implikasi kepada ekonomi Negara dan boleh merencatkan wawasan Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

 

Bagi merealisasikan agenda C2C ini, satu MoU di antara UKM dengan NYAS dan NYU Polytechnic School of Engineering (NYU-Poly)  telah ditandatangani pada September 2013 untuk melaksanakan program STEM bagi tujuan pembudayaan sains dalam kalangan pelajar, guru dan ibubapa.

 

Program Bitara STEM kolaborasi antara UKM, NYAS dan NYU-Poly ini seterusnya melalui fasa Training of Trainers (ToT) melibatkan 4 unit modul dan pelajar siswazah UKM daripada lima (5) buah fakulti iaitu Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Program Bitara STEM fasa pertama melibatkan Modul Energy telah berjaya diadakan pada 26 hingga 30 September 2013 dan seramai 34 pelajar siswazah UKM dilatih. Program kemudian dirintis keatas 89 orang pelajar sekolah (pelajar Tingkatan 1 dan 2), empat (4) orang guru, satu (1) orang pegawai FELDA. Program ToT seterusnya dijalankan daripada 16 Februari hingga 1 March di UKM dengan 3 lagi modul dibawa iaitu Urban Infrastructure, Transportation, Wireless Communication. 

Bitara STEM seterusnya melebarkan sayapnya dengan mengadakan program kerjasama dengan beberapa pihak industri seperti FELDA dan Exxonmobil. Kerjasama dengan FELDA dibawah Program Perkhemahan Bitara STEM UKM-FELDA telah dilaksanakan dalam “setting” luar bandar ke atas anak-anak FELDA daripada 1-6 Jun 2014. Program ditaja sepenuhnya oleh FELDA dengan dana sebanyak RM491,000. Seramai 226 pelajar daripada sekolah-sekolah di 10 Wilayah FELDA terlibat. Melalui program ini satu Pesta STEM pada 6 Jun 2014 telah diadakan dan dilancarkan oleh Dato 'Sri Mohd Najib Tun Haji. Abdul Razak di MRSM FELDA, Trolak. Seramai hampir 1500 ibubapa dan tetamu hadir pada hari pameran tersebut. Hasil program, 10 anak FELDA telah dipilih ke New York untuk mengikuti program UKM-FELDA STEM Competition Worksyop kolaborasi antara UKM-FELDA-NYAS daripada 18-25 September 2014.

Program terbaharu adalah kerjasama dengan pihak industri iaitu ExxonMobil dalam EXXONMOBIL-UKM STEM Exploration Journey Camp on Sustainable Energy telah diadakan daripada 31 Mei-4 Jun 2015. Program ditaja sepenuhnya oleh ExxonMobil dan seramai 142 pelajar dari 10 buah sekolah di sekitar Selangor terlibat. Program juga melibatkan beberapa jurutera dan saintis daripada ExxonMobil serta professor UKM.

 

Bitara STEM UKM juga telah melaksanakan program diperingkat antarabangsa dibawah Program CLMV (Cambodia,Laos,Vietnam,Myanmar) kerjasama dengan Universiti Norton (NU), Cambodia daripada 3-9 Mei 2015 dengan dana yang diperolehi daripada Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). Seramai 24 fasilitator Bitara STEM yang terlatih  telah melatih 20 pelajar NU menjadi fasilitator dan program seterusnya dilaksanakan keatas 120 pelajar sekolah di daerah Kg. Cham, Cambodia. Program CLMV ini juga telah mendapat liputan yang menyeluruh daripada RTM dan di tayangkan didalam rancangan Persada Jurnal RTM 1 pada 31 Ogos 2015.

Hasil kajian impak secara keseluruhan mendapati pelajar amat berminat dengan aktiviti hands-on yang dijalankan. Pelajar telah belajar sesuatu yang baru, dapat berfikir untuk mengaplikasikan teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam menyelesaikan masalah sains. Program ini telah telah berjaya memberikan suasana pembelajaran yang berbeza dan dapat  menerapkan pemikiran yang kreatif dan  inovatif serta memberikan pendedahan tentang pentingnya sains dan peluang kerjaya dalam bidang STEM.

Program Bitara STEM ini juga telah berjaya membuka peluang kerjasama dalam penyelidikan bertaraf antarabangsa. Program seperti ini harus dilakukan lebih banyak lagi di dalam Negara dan di Negara-negara ASEAN atau CLMV atas dasar keperluan sebagai rakan ASEAN untuk meningkatkan taraf pendidikan, taraf hidup dan taraf ekonomi.

bottom of page