top of page

Professionals Back to School

 

By Dr. Balamuralithara Balakrishnan

A programme called Professionals Back to School has been organized under the National Commission of UNESCO Malaysia Programme Fund and with the collaboration of Institutions of Engineers, Malaysia on 19 & 20 November 2014 at Auditorium, UPSI. The programme led by Dr.Balamuralithara Balakrishnan from the Faculty of Art, Computing & Creative Industry.

Forty secondary school children from Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjung Malim, Perak, Malaysia were participated in this programme. This programme also participated by student volunteers from UPSI as facilitators.

The main objectives of the Programme were:

(i) Raise awareness amongst students about STEM education and its related subjects; (ii) Cultivate positive attitude and interest towards education in STEM; (iii) Promote a greater understanding of the role and contribution of science and engineering in society and how science and engineering are relevant to our everyday lives and (iv) Highlight the advantages, diversity, opportunities and excellent rewards offered by a career in the STEM profession.

On the first day, the speakers from Engineering Education Technical Division of IEM have presented their talk on STEM and Engineering Profession and What is Automotive Engineering?. The students engaged in the talk whereby they have asked many constructive questions related to STEM and its career prospects. The students were exposed to the importance of STEM and how STEM embedded in our daily routine. The participants also were able to get good knowledge on STEM professions and some of them started to realize the significant of STEM in their life.

Prof. Dr. Ir. Vinesh presented a talk on STEM and Engineering Profession

Ir. Sukhairul gave talk on Automative Engineering

After the talks, the students were arranged in 6 groups for Design Activity. In this activity, the students need to re-assemble the miniature houses which have been built from wood and other soft materials in which the fundamental concept of STEM was infused in the activity. From the activity, the students were taught how the elements of STEM were utilized in designing the houses. The groups lead by two to three facilitators – UPSI undergraduates – who guide them in re-assembling the designed miniature houses and at the same time, preparing the students, for design presentation. The students get vast knowledge and skills on STEM that could encourage them to prefer STEM related subjects.

Participants and UPSI Facilitators involved in the Design Activity

On the second day, there were talks on Robots and its Development and also on Industrial Building Systems by UPSI lecturers. The applications of STEM were exposed and the importance of those applications to mankind was presented. A robotic showcase also was arranged for students where the students were able to see and run the robots. Via this showcase, it is worth to take note that many students started to realize the importance of STEM and they also showed a good sign of interest in STEM. After the talks, students prepared themselves for design presentation which judged by 2 prominent lecturers of UPSI in technical education. During the presentation, the students have to answer the questions from the judge which related to the concept of STEM in their miniature house design. Top three groups were presented with trophies which will be displayed in their school.

Participants were enjoying the Robotic Showcase

Group Photo before end of programme

Overall, this programme has achieved its objectives where the vast benefits from the involvement of STEM professionals should be utilized efficiently in order to increase the confidence level of students in STEM. This will ultimately direct the students to involve in STEM related professions in future. A framework of this programme will be outlined in order to extend this project all over Malaysia in which the similar project would be exposed to teachers and school administrators around Malaysia.

PROGRAM STEM UPSI BERSAMA KV SLIM RIVER

 

Ditulis oleh: Nurul Fahani Binti Mohd Shapia, Setiausaha Program STEM.

Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sulatan Idris (UPSI) telah menganjurkan Program Cabaran Science, Technology, Engineering And Mathematics (Stem) bersama Kolej Vokasional Slim River, Perak.  Tujuan utama program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk minat para pelajar sekolah dalam bidang Science, Technology, Engineering And Mathematics.

 

Pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Dr Mohamed Nor Azhari bin Azman merangkap penasihat Program Stem berkata, banyak elemen yang terkandung dalam STEM digunakan dalam kehidupan sehari-harian setiap individu.  Sepanjang berlangsungnya program ini, beliau telah sempat berkongsi idea melalui slot ceramah yang disampaikan oleh beliau berkaitan dengan pengggunaan elemen STEM dalam kehidupan seharian bersama dengan pelajar KV Slim River, Perak seramai 30 orang.

Pensyarah FPTV, Dr Mohamed Nor Azhari bin Azman menyampaikan ceramah mengenai aplikasi STEM dalam kehidupan.

Barisan fasilitator  Program Stem.

Peserta gembira dengan penganjuran Program Stem di Auditorium UPSI, baru-baru ini.

Ahli professional:

 

“Penganjuran Program Stem dapat memberi peluang kepada pensyarah dan fasilitator Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pemahaman sepanjang berada serta mengikuti pengajian di UPSI.  Ilmu berkaitan STEM ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian individu tanpa disedari serta membawa kepada kejayaan dalam kehidupan mereka kelak.

Semasa program ini dijalankan, peserta daripada KV Slim River begitu teruja untuk melaksanakan cabaran yang telah dirancang dan disediakan oleh fasilitator.  Cabaran yang telah diberikan kepada peserta ini adalah proses membina jambatan daripada lidi sate serta pembentangan dengan mengaitkan konsep STEM pada akhir slot iaitu semasa proses menguji jambatan yang mereka bina.  Kriteria yang diambil kira semasa proses menguji jambatan adalah ketahanan, reka bentuk dan pembentang.  Melalui pendedahan serta perkongsian idea seumpama ini, diharapkan minat peserta terutamanya dalam bidang  Science, Technology, Engineering And Mathematics dapat dipertingkatkan. 

Sementara itu, fasilitator program ini berkata, program ini merupakan program ketiga yang pernah dianjurkan oleh UPSI samada anjuran bersama fakulti yang lain atau anjuran FPTV sendiri sejak tahun 2014 lagi.  Menurutnya lagi, program ini juga telah mendapat  sokongan geran daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dalam memupuk kesedaran berkaitan usaha untuk meningkatkan pengaplikasian STEM.

“Program ini amat berfaedah kepada pelajar dalam memupuk minat mereka terhadap bidang STEM dan diharapkan segala ilmu yang dipelajari akan diperkembangkan oleh pelajar dari semasa ke semasa sehingga melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi kelak, “katanya”.

Laporan Program Science Technology Engineering and Mathematics (STEM) Challenge 2015

 

Disediakan oleh : Dr. Suzani Mohamad Samuri (Pensyarah Kanan, FSKIK, UPSI)

                              Nurul Husna Binti Abdul Kahar (Setiausaha Program STEM Challenges 2015)

 

          Program  Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) adalah merupakan satu program yang telah diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk memberi pendedahan serta menarik minat para pelajar mengikuti aliran sains di peringkat sekolah lagi. Sejajar dengan usaha murni ini, penglibatan daripada institusi-institusi pendidikan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengadakan program yang berkaitan dengan ilmu STEM adalah amat dialu-alukan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, inisiatif telah diambil oleh sekumpulan pelajar-pelajar semester 2 dan 6 yang sedang mengikuti kursus Teknologi Kejuruteraan, program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Reka Bentuk Berkomputer, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menganjurkan satu program yang dinamakan Science Technology Engineering and Mathematics (STEM) Challenge 2015. Program ini turut melibatkan 30 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Slim River, sebagai peserta. Sebagai sebuah universiti pendidikan terulung negara yang komited dalam membawa perubahan dalam pendidikan, penganjuran program ini adalah dilihat sebagai satu langkah proaktif daripada pihak FSKIK, UPSI bagi memberikan pendedahan dan peluang kepada para pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah untuk mengaplikasikan ilmu STEM yang dipelajari di sekolah dalam melakukan aktiviti-aktiviti di dalam program ini.

Dalam aktiviti yang telah dijalankan, pelajar-pelajar sekolah ini telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada FSKIK dan FPTV, UPSI. Cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah ini ialah untuk membina sebuah jambatan menggunakan material-material yang telahpun disediakan seperti lidi, gam dan benang dalam masa kurang daripada 4 jam. Fasilitator pula bertindak sebagai pemudahcara dengan berkongsi tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pembinaan sebuah jambatan. Penilaian untuk jambatan yang dibina bukan sahaja tertumpu kepada fungsinya sebagai sebuah jambatan yang boleh menghubungkan satu tempat dengan tempat yang lain, malahan aspek kekuatan serta nilai astetika juga turut diberi perhatian. Melalui aktiviti ini, bukan sahaja ilmu dan kebolehan para pelajar sekolah ini telah teruji, malah pengurusan masa dan semangat berpasukan juga dapat dipupuk secara tidak langsung.

 

Program ini telah mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak pengurusan FSKIK, dimana dalam ucapan perasmian, Dr. Modi bin Lakulu selaku ketua jabatan telah menyatakan hasrat untuk mengadakan lebih banyak lagi program-program seumpama ini dengan pihak sekolah di masa akan datang. Menurut Dr. Mohamed Nor Azhari, selaku pensyarah kanan di Jabatan Teknologi Kejuruteraan, FPTV pula, program seumpama ini mampu menggalakkan para pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam mencapai matlamat yang disasarkan. Selain itu, menurut Dr. Suzani Mohamad Samuri, yang merupakan pensyarah bagi kursus Teknologi Kejuruteraan, beliau menyifatkan bahawa program seumpama ini bukan sahaja memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar sekolah, malah kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Teknologi Kejuruteraan di UPSI itu sendiri. Dimana sebagai seorang bakal pendidik, mereka seharusnya peka dengan perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia kini, serta mampu menyampaikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara efektif kepada bakal pelajar-pelajar mereka. Oleh itu, program ini merupakan satu landasan bagi mereka untuk menyampaikan ilmu yang telah mereka pelajari dalam suasana yang tidak formal. Bagi En. Fadhil Harfiez Abdul Muttalib pula, yang merupakan penasihat program 2015, serta ALUMNI SMKA Slim River, beliau berharap agar lebih banyak lagi program-program seumpama ini dapat dijayakan bersama lebih banyak sekolah di negeri Perak ini bagi menyemarakkan lagi program STEM, dengan UPSI bertindak sebagai tulang belakangnya.

 

Walaupun program ini berjalan selama 1 hari sahaja, tetapi ianya dilihat dapat meningkatkan kesedaran dan sikap positif dikalangan pelajar tentang STEM dan mata pelajaran yang berkaitan. Dengan adanya aktiviti di luar kelas seumpama ini juga, pelajar-pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang peranan dan sumbangan sains dan kejuruteraan dalam masyarakat serta memperjelaskan hubungkait antara sains dan kejuruteraan dengan kehidupan harian kita. Secara keseluruhannya, program STEM Challenge 2015 ini telah berjaya mencapai matlamatnya dengan menjadikan UPSI sebagai institusi yang sentiasa komited menyokong hasrat kerajaan dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.  

 

 

Bermulanya cabaran STEM dengan pembinaan jambatan dan pengenalan teori dan praktikal yang dilakukan oleh fasilitator dalam kumpulan.

Pemenang bagi cabaran STEM bersama jambatan masing-masing.

Dif-dif terhormat, para guru, pelajar AT47 dan PFTV serta para pelajar SMKA Slim River bergambar untuk kenang-kenangan.

I Love STEM
bottom of page